AUD/USD Dah Beri Isyarat Trend Berubah ‘Bearish’ Minggu Ini?

292

Data ekonomi China yang diterbitkan pada sesi Asia pagi ini membuka dagangan pada awal minggu ini dengan bacaan yang agak bercampur.

Pertumbuhan ekonomi China pada suku kedua berkembang pada 6.3% meningkat dari 4.5% sebelumnya, namun tidak mencapai jangkaan 7.1%.

Pengeluaran perindustrian catat angka yang memberangsangkan, namun kadar jualan runcit jatuh lebih rendah berbanding ramalan pada Jun.

Mata wang komoditi termasuk dolar Australia dan dolar New Zealand pamer penyusutan pada dagangan sesi Asia susulan terkesan dengan terbitan data tersebut ekoran China merupakan rakan dagang terbesar mereka.

Seperti yang dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga dilihat menyambung penurunan pada penutupan dagangan penghujung minggu lalu.

Jika diimbas semula, minggu lalu menyaksikan lonjakan harga yang ketara susulan penyusutan ketara US dolar setelah data-data inflasi diteliti.

Harga berjaya melonjak hingga ke zon rintangan 0.69000, namun di penghujung minggu kenaikan tidak diteruskan sebaliknya harga sedikit berundur turun semula.

Menyambung dagangan di awal minggu ini, harga meneruskan penurunan yang telah bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD tersebut memberi amaran kepada pelabur untuk perubahan trend yang boleh berlaku.

Jika penurunan diteruskan lebih rendah pada sesi-sesi berikutnya, harga akan singgah ke sekitar 0.67500 sebelum menguji pula zon RBS (resistance become support) 0.67000.

Namun, jika harga berjaya melonjak kembali, halangan MA50 akan cuba diatasi sebelum zon rintangan 0.69000 sekali lagi akan diuji.

Jika minggu ini rintangan tersebut berjaya ditembusi, harga bakal catatkan paras ketinggian terbaru 5 bulan dengan sasaran terbaru untuk dituju adalah pada sekitar 0.7000.

Pelabur juga akan menantikan terbitan laporan data pekerjaan Australia minggu ini yang akan memacu arah pergerakan dolar Aussie.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat