AUD/USD ‘Dihenjut’ Oleh Ketegangan Australia-China

261

Sentimen pasaran kembali berisiko pada sesi Asia hari ini berikutan laporan ketegangan semula hubungan antara China dan Australia berhubung aktiviti ekonomi mereka.

China bakal membatalkan segala rancangan aktiviti di bawah Dialog Ekonomi Strategik China-Australia yang dilihat sebagai tindakan balas terhadap Australia ekoran tekanan isu pencabulan hak asasi manusia di China sebelum ini.

Keputusan tersebut juga dibuat selepas Australia membatalkan perjanjian Belt & Road yang ditandatangani China dan kerajaan Victoria.

Impak dirasakan oleh mata wang dolar Australia apabila ketegangan antara dua rakan dagang itu kembali hangat semula.

Pada kebiasaan, dolar Aussie sebagai mata wang berpulangan tinggi akan mengalami penyusutan nilai jika sentimen pasaran yang berisiko ekoran kebimbangan pelabur beralih ke aset yang lebih selamat.

Selepas corak kenaikan harga dipamerkan pada carta pasangan AUD/USD untuk dagangan Rabu semalam, harga telah membuat penurunan pada sesi Asia pagi ini.

Penurunan lebih 50 pips tersebut dilihat tidak diteruskan sebelum harga membuat kenaikan semula bersambung pada awal sesi Eropah.

Selepas susut hampir ke paras 0.77000, harga bergerak naik semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Kenaikan harga berkemungkinan didorong oleh penyusutan US dolar sementara pelabur berwaspada terhadap dagangan US dolar menjelang laporan pekerjaan NFP AS pada Jumaat.

Jika kenaikan harga berjaya diteruskan semula, harga bakal melepasi paras 0.77660 yang dicapai pada awal minggu untuk mencatatkan paras tertinggi mingguan.

Zon resistance 0.78100 seterusnya akan menjadi sasaran yang bakal diuji harga selepas harga susut dari zon tersebut minggu lalu.

Sebaliknya, jika harga terus jatuh lebih rendah akan menuju zon tumpuan dalam julat 0.76700-0.76500 untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan lebih rendah boleh mencecah sehingga ke zon support 0.75700 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 5 minggu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat