AUD/USD Lantun Naik Balik Lepas Terjun Bawah $0.6500

147

Menyambung analisis pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD semalam, corak bearish yang dipaparkan adalah seperti yang dijangkakan.

Dolar Australia alami penyusutan bermula di sesi Asia semalam ketika data inflasi Australia diterbitkan dengan jangkaan yang meleset.

Ditambah pula dengan situasi prestasi US dolar yang agak baik, harga meneruskan penurunan hingga ke sesi Eropah.

Penurunan harga menembusi paras 0.65000 dan kemudiannya harga mendatar dibawah paras itu sepanjang sesi New York.

US dolar mula bergerak suram di sesi New York susulan bacaan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) untuk suku keempat tahun lalu sedikit menurun.

Situasi kembali berubah pada dagangan sesi Asia pagi ini (Khamis) dengan kenaikan harga diperlihatkan semula di atas paras 0.65000 hingga mencapai ketinggian sekitar 0.65200.

Kenaikan itu walau bagaimanapun dilihat masih belum melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD tersebut untuk kekal mencadangkan pergerakan bearish.

Jika penurunan harga berlaku semula pada dagangan sesi berikutnya, paras 0.65000 akan cuba ditembusi lagi oleh harga.

Jika berjaya, harga akan meneruskan corak penurunan semalam untuk menuju zon support sekitar 0.64500.

Sebaliknya jika harga berjaya naik lepasi halangan MA50, zon tumpuan sekitar 0.654000 akan diuji selepas isyarat awal untuk pergerakan bullish harga itu.

Kenaikan yang dilanjutkan boleh menuju pula hingga ke zon rintangan pada ketinggian 0.66000.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat