AUD/USD Menjunam 110 Pips Sebelum Pamer Pergerakan Mendatar

820

Sentimen pasaran yang berisiko dengan ketegangan meningkat antara Amerika dan China telah mendorong penyusutan bagi matawang komoditi terutamanya dolar Australia yang mempamerkan penurunan ketara pada dagangan semalam.

Pada carta pasangan matawang AUD/USD semalam, harga menguji paras ketinggian 0.67800 iaitu paras tertinggi yang dicapai sejak dagangan Mac lalu yang merupakan zon SBR (support become resistance).

Namun, harga kemudiannya telah menjunam pada sesi Eropah semalam sekitar 110 pips ke paras terendah harian pada 0.65700.

Harga turun melepasi paras halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta AUD/USD sebelum kenaikan harga dipamerkan sehingga penghujung sesi New York.

Dolar Aussie kekal berisiko dengan tumpuan turut terarah pada ucapan oleh Gabenor Philip Lowe yang menyatakan kadar faedah akan terus dikekalkan rendah oleh bank pusat Australia.

Harga yang menguji paras halangan MA50 dengan mencapai paras ketinggian 0.66300 pada sesi Asia kemudiannya membuat penurunan ke paras 0.65900. Harga kemudian menunjukkan kenaikan pada penghujung sesi sebelum turun semula pada awal sesi Eropah selepas paras halangan MA50 masih gagal dilepasi.

Jika penurunan diteruskan, harga dilihat akan menuju zon RBS (resistance become support) pada 0.65700 yang juga merupakan paras terendah harian semalam.

Penurunan lebih rendah akan menuju pula zon RBS seterusnya pada sekitar 0.65100.

Namun jika harga kembali melonjak membuat kenaikan semula, harga akan cuba melepasi paras ketinggian harian pada 0.66300 sebelum menuju semula resistance 0.66800 yang dicapai semalam.

Kenaikan yang berjaya melepasi zon tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 2 bulan pada carta AUD/USD.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Anda mungkin juga berminat