AUD/USD Pulih Semula Dari Kejatuhan? Masih Awal Lagi Untuk Tentukan

102

Pelabur memerhatikan pemulihan yang berlaku pada corak penurunan harga carta pasangan mata wang AUD/USD yang dipaparkan awal minggu ini.

Jika diperhatikan pada minggu lalu, harga telah susut sehingga mencecah ke paras 0.63700 sebelum melantun dari paras sokongan tersebut.

Tekanan pengukuhan US dolar telah mengheret dolar Aussie untuk alami kejatuhan untuk 2 minggu yang lalu.

Ditambah pula sentimen pasaran yang masih berisiko, jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah yang tinggi turut dilihat memberi kelebihan kepada US dolar sementara tekanan buat dolar Aussie.

Namun pada awal minggu ini, harga dilihat sedikit meningkat ketika sentimen pasaran yang berisiko mulai reda seketika.

Pelabur juga berwaspada menantikan data-data ekonomi terbaru yang diterbitkan untuk menilai langkah penetapan dasar oleh bank pusat.

Data inflasi Australia akan menjadi tumpuan pada dagangan sesi Asia esok hari (Rabu) yang dijangka akan pengaruhi pergerakan harga lebih ketara.

Pada dagangan Isnin semalam, kenaikan harga dilihat menguji zon 0.64500 yang menjadi rintangan turut diuji pada penghujung minggu lalu.

Menyambung dagangan hari ini, harga membuat pendakian perlahan di atas paras 0.64500 dan menjadi isyarat bullish buat harga dengan pergerakan kekal di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD tersebut.

Kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan menuju paras 0.65000 untuk harga menguji pula zon tumpuan itu.

Diteruskan lebih tinggi, zon rintangan 0.65400 akan menanti untuk diuji setelah kali terakhir harga berada pada sekitar itu adalah 12 April lalu.

Namun, sekiranya US dolar berjaya mendapat rentak pengukuhan semula, harga berkemungkinan akan ditekan jatuh ke bawah semula.

Paras sokongan pada 0.63700 yang dicecah pada minggu lalu bakal diuji semula.

Penurunan lebih rendah akan mencatatkan paras terendah terbaru 5 bulan dengan sasaran seterusnya adalah menuju zon support 0.63000.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat