AUD/USD Pun Dah Menjunam Semula, Apa Cerita?

446

Walaupun dijangka lemah susulan berita Presiden Joe Biden telah menandatangani rang undang-undang pakej rangsangan bernilai $1.9 trilion, US dolar kekal pamerkan prestasi kukuh pada dagangan Jumaat.

Pengukuhan US dolar dilihat disokong oleh hasil bon AS yang meningkat semula selepas mencatatkan penurunan sebelum ini.

Situasi ini membantutkan peluang bagi mata wang utama yang lain dalam pasaran untuk mengekalkan pengukuhan pada minggu ini termasuk dolar Australia.

Carta harga pasangan mata wang AUD/USD dilihat kembali pamerkan penurunan hari ini sejak sesi Asia bersambung ke sesi Eropah.

US dolar kekal mengukuh dan menekan harga kembali ke zon RBS (resistance become support) 0.77400.

Paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam harga akan menjadi penentu arah selanjutnya. Penurunan lebih rendah akan memberikan isyarat trend bearish harga semula.

Penurunan lebih rendah akan kembali ke zon tumpuan 0.76500 dan juga paras terendah mingguan sekitar 0.76200.

Sebaliknya jika US dolar kembali susut dan harga membuat kenaikan semula, zon rintangan pada 0.78300 akan diuji sementara harga mencatatkan paras tertinggi mingguan.

Kenaikan harga yang melepasi zon rintangan tersebut akan mendorong jangkaan lebih tinggi sehingga ke paras 0.8000 bagi tempoh dagangan yang lebih panjang pada trend bullish.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat