AUD/USD Terjun Lepas Laporan Data CPI Australia!

134

Dolar Australia pada dagangan sesi Asia pagi ini (Rabu) dipengaruhi oleh terbitan data ekonomi yang menjadi tumpuan bank pusat Australia terhadap penetapan dasar monetari mereka.

Indeks harga pengguna (CPI) Australia yang terbaru hadir dengan bacaan tahunan yang kekal di paras 3.4% untuk Januari, meleset berbanding ramalan untuk meningkat kepada 3.6%.

Memberi kesan negatif kepada pergerakan dolar Australia, nilainya alami penyusutan selepas data tersebut dilaporkan sehingga dagangan ke penghujung sesi Asia.

Ini telah memberi arah yang lebih jelas untuk pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD.

Jika diperhatikan, harga mengakhiri dagangan penghujung sesi New York sebelum ini mendatar di sekitar paras 0.65400.

Juga terhalang oleh garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD itu, pelabur bersedia sebagai isyarat awal untuk pergerakan bearish buat harga.

Selepas data diterbitkan di sesi Asia pagi ini, harga telah membuat terjunan di bawah paras 0.65400 dan menuju ke paras tumpuan pada 0.65000.

Penurunan lebih rendah boleh berlaku sekiranya terdapat faktor tambahan seperti pengukuhan US dolar yang memberi reaksi pada data-data terbaru yang diterbitkan.

Melepasi paras 0.65000, harga bakal melanjutkan penurunan lebih rendah menuju zon support pada 0.64500.

Tetapi jika arah pergerakan harga kembali berubah, kenaikan boleh berlaku semula melihatkan harga kembali melepasi paras 0.65400 yang ditembusi sebelum ini.

Seterusnya kenaikan harga jika diteruskan akan mensasarkan ke zon rintangan 0.66000 atau lebih tinggi untuk capai paras ketinggian terbaru.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat