AUDUSD Analisa Fundamental Harian 15 Dis 2015

29

moshedfx-forex-malaysia-audusd-013

Aussie Dollar melonjak lebih 105 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7270 sebelum menutup sekitar paras $0.7245; setelah sentimen pasaran kembali berhati-hati selepas Yuan China jatuh kepada paras terendah dalam lebih daripada empat setengah tahun berbanding Dollar AS, sekaligus menimbulkan kebimbangan aliran keluar dana dari rantau itu.

Walau bagaimanapun, selepas mengalami kejatuhan terbesar dalam sehari sejak lebih sebulan lalu pada Jumaat lalu,jatuh 1.28%, Dollar Australia cuba mengukuh semula Isnin semalam, disokong oleh data ekonomi China yang lebih kukuh daripada jangkaan yang dikeluarkan pada hujung minggu dan ‘short-covering’ daripada pelabur. Tanpa data domestik utama semalam, pasaran dijangka lebih memberi perhatian kepada pergerakan dalam Renminbi, setelah People Bank of China memberi isyarat bahawa ia berhasrat untuk mengubah cara untuk menguruskan nilai Yuan.

[adrotate group=”6″]

Hari ini Australia bakal menyiarkan minit mesyuarat terbaru dari RBA serta indeks harga rumah yang dijangka turun dari 4.7% kepada 2.1%, manakala Amerika Syarikat pula bakal melaporkan inflasi (CPI) yang dijangka turun dari 0.2% kepada sifar, walaupun inflasi teras dijangka kekal pada 0.2%.  Indeks pembuatan Empire State AS pula dijangka bertambah baik dari -10.7 mata kepada -5.7 mata, walaupun angka yang negatif menunjukkan aktivit ekonomi yang masih lemah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat