AUDUSD Analisa Fundamental Harian 2 Feb 2016

26

moshedfx-forex-malaysia-audusd-002

Aussie Dollar melonjak lebih 75 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7120 sebelum menutup sekitar paras $0.7110; menjelang keputusan kadar RBA pagi ini.  Pada masa yang sama, data kerajaan China semalam menunjukkan kejatuhan yang berterusan dalam pembuatan di China. Pasaran saham China jatuh, melanjutkan jualan bulanan yang paling curam sejak krisis kewangan global, selepas PMI pembuatan rasmi meleset dari jangkaan dan keuntungan syarikat PetroChina Co. dilaporkan menjunam.

PMI pembuatan rasmi merosot pada bulan lalu kerana permintaan yang lemah dan usaha untuk mengurangkan lebihan kapasiti, menurut Biro Perangkaan Negara China semalam dalam satu kenyataan yang disertai data. PMI bukan perkilangan untuk perkhidmatan, susut kepada 53.5 mata pada bulan lepas daripada paras tertinggi dalam masa 16 bulan, 54.4 mata, pada bulan Disember. Pada masa yang sama, Caixin China Manufacturing PMI meningkat kepada 48.4 mata pada bulan lepas daripada 48.2 mata pada bulan Disember. Angka di bawah 50 menunjukkan kemerosotan.

[adrotate group=”6″]

Data yang negatif memberi kesan buruk pada Aussie, tetapi komen daripada RBA dan pegawai kerajaan bahawa ekonomi Australia telah memberikan prestasi yang baik, telah membuatkan pasaran mengenepikan data China.  Hari ini RBA akan memberikan keputusan kadar yang dijangka dikekalkan pada 2%. Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari AS hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat