AUDUSD Analisa Fundamental Harian 23 Dis 2015

39

moshedfx-forex-malaysia-audusd-007

Aussie Dollar terus memacu naik untuk hari ketiga Selasa semalam, lebih 65 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7250 sebelum menutup sekitar paras $0.7235; setelah pasaran mengambil kesempatan daripada penurunan Dollar AS dan perubahan sentimen pasaran menjelang cuti panjang. Dollar Australia, satu lagi mata wang komoditi, menunjukkan prestasi yang lebih baik sedikit semalam. meningkat lebih 0.3%, sekaligus meletakkan jarak yang lebih jauh dari paras terendah sekitar $0.7095 minggu lalu, selepas kenaikan kadar Feds memperkukuhkan Dollar AS.

Aussie telah kehilangan 12% daripada nilainya, terkesan daripada faktor kelembapan ekonomi di China, yang merupakan rakan dagang terbesar Australia, serta penurunan harga komoditi seperti bijih besi, emas, dan tembaga dari sektor perlombongan yang menjadi nadi utama ekonomi Australia sejak berdekad lamanya. Aussie mendapat sokongan belian “selepas logam asas dan harga komoditi perindustrian, kecuali minyak, memacu naik terkesan dari kenyataan kerajaan China untuk merangsang ekonomi,” menurut Ketua Strategi Matawang Commonwealth Bank of Australia, Richard Grace.

[adrotate group=”6″]

Dalam pada itu, kebanyakan mata wang utama kembali kukuh berbanding Dollar AS dalam sekelip mata, selepas harga minyak kembali merudum apabila Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menandatangani rang undang-undang yang akan mengakhiri larangan eksport minyak mentah AS yang telah berkuatkuasa selama 40 tahun, yang sekaligus meningkatkan lebihan bekalan dalam pasaran yang sudah sedia tepu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat