AUDUSD Analisa Fundamental Harian 23 Feb 2016

38

Aussie Dollar melonjak lebih 105 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7245 sebelum menutup sekitar paras $0.7225; setelah pasaran memberikan reaksi kepada komen daripada China pada hujung minggu dan pemulihan dalam harga minyak, serta harapan terhadap beberapa perjanjian pengeluaran telah menyokong matawang komoditi.

Sebelum daripada itu, Dollar Australia dan New Zealand jatuh pada hari Jumaat, selepas kebimbangan mengenai pertumbuhan global menghantar pelabur kepada aset ‘safe-haven’ Yen dan bon kerajaan, tetapi Aussie masih berada di landasan yang betul untuk keuntungan tajam berbanding Euro dan Pound. Namun, memberati Aussie adalah petikan Wall Street Journal yang mengatakan Ahli Lembaga Reserve Bank of Australia berpendapat Aussie masih terlalu tinggi.

[adrotate group=”6″]

Walaupun RBA telah berhenti memberi retorik yang mendorong kejatuhan Aussie, Gabenor RBA Glenn Stevens baru-baru ini telah menunjukkan yang ianya bakal kembali. Beliau berkata Aussie telah agak stabil, walaupun harga komoditi telah jatuh. Namun begitu, harga bijih besi yang telah meningkat naik, memberikan Aussie sokongan belian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat