AUDUSD Analisa Fundamental Harian 25 April 2016

49

Aussie Dollar terus susut untuk hari kedua Jumaat lalu, lebih 75 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7693, sebelum menutup sekitar paras $0.7708; setelah Bloomberg melaporkan bahawa Dollar dijangka mengukuh minggu ini terkesan dari mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis, dimana Feds dijangka akan menurunkan kebimbangan terhadap kegawatan ekonomi global. Pada masa yang sama, jangkaan ransangan dari People Bank of China yang dijangka akan membantu mengapungkan matawang komoditi.

Indeks Dollar AS pulih daripada paras terendah dalam masa 6 bulan, setelah kemungkinan meningkat bahawa pembuat dasar AS akan meningkatkan kos pinjaman pada akhir tahun ini, dan tuntutan pengangguran tidak disangka-sangka jatuh kepada paras terendah sejak tahun 1973.  Walaupun Dollar telah meningkat dalam tempoh lima hari lalu berbanding matawang ‘safe-haven’ yang lain seperti franc Switzerland dan Yen, ia hilang kedudukannya berbanding tujuh daripada matawang G-10, kerana harga komoditi dan aset pasaran negara membangun telah meningkat semula.

[adrotate group=”6″]

Sebelum daripada itu, pembalikan dalam nilai Aussie mencerminkan kenaikan dalam aset berisiko yang lebih meluas, sesuatu yang berkaitan dengan kesimpulan dasar monetari pada sidang media mesyuarat ECB minggu lepas. Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Australia dan Amerika Syarikat hari ini; sekaligus pergerakan dalam minyak mentah dengan pasaran China, mungkin akan mempengaruhi nilai Aussie.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat