AUDUSD Analisa Fundamental Harian 28 Jan 2016

30

moshedfx-forex-malaysia-audusd-006

Aussie Dollar memacu naik lebih 85 pips sepanjang sesi Asia dan Eropah Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7080, setelah Australia melaporkan data inflasi yang kukuh, sekaligus membantu sokongan belian untuk Aussie. Namun, kebimbangan yang berterusan dari China menghadkan kenaikan tersebut dan kembali susut, untuk menutup sekitar paras $0.7025, selepas mesyuarat FOMC Federal Reserve AS.

Indeks harga pengguna Australia, meningkat 0.4% pada suku keempat 2015, menewaskan jangkaan pasaran untuk kenaikan 0.3%. Kadar inflasi yang lebih baik daripada jangkaan, di belakang angka pekerjaan yang kukuh dalam tempoh tiga bulan lepas, telah mencerminkan gambaran ekonomi yang kukuh bagi Australia, menurut seorang penganalisis Easy Forex. Beliau berkata, ia juga akan mengurangkan jangkaan penurunan kadar, sekaligus memberi matawang tersebut lonjakan dan sokongan belian.

[adrotate group=”6″]

Kebanyakan matawang berisiko mengambil arah mereka, dari pergerakan dalam harga minyak, yang mengubah arah selepas komen daripada menteri minyak Iraq yang telah menyokong pengurangan bekalan.  Pagi tadi, Australia melaporkan harga import suku keempat 2015, yang lebih baik. pada -0.3% berbanding -0.8% jangkaan, walaupun ianya rendah dari angka 1.4% pada sebelumnya. Malam nanti, Amerika Syarikat pula bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka berkurang dari 293 ribu kepada 281 ribu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat