AUDUSD Analisa Fundamental Harian 28 Oct 2015

33

moshedfx-forex-malaysia-audusd-012

Aussie Dollar susut lebih 75 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 0.7180 sebelum menutup sekitar paras 0.7190; setelah para pedagang bersedia untuk keputusan Federal Reserve AS awal pagi Khamis esok.  Menambah kepada mood ‘risk-off’, Tentera Laut Amerika Syarikat menghantar kapal pemusnah dalam jarak 12 batu nautika dari pulau buatan yang dibina oleh China di Laut China Selatan, sebagai mencabar tuntutan wilayah dari Beijing.

“Ia kelihatan seperti satu langkah ‘risk-off’ tradisional, dengan pasaran saham Asia ke bawah, ” kata Sue Trinh, pakar strategi mata wang kanan di RBC Capital Markets Hong Kong.  Beliau menambah bahawa mata wang yang lebih selamat seperti Yen telah mengatasi mata wang ‘proxy-risiko’ seperti Dollar Australia. “Aussie khususnya berprestasi rendah, jadi Dollar AS adalah lebih kukuh berbanding dengan Australia.”

[adrotate group=”6″]

Dolar AS memulakan sesi Asia dengan lemah, selepas data jualan rumah yang mengecewakan menolak ke bawah pulangan bon perbendaharaan AS; sekaligus mendorong pelabur untuk melepaskan pegangan bahawa Fed akan memilih untuk menaikkan kadar sebelum akhir tahun ini.  “Hujah-hujah bagi kenaikan kadar pada 2015 sudah pudar, ” menurut Kathy Lien, pengarah urusan BK Asset Management dalam nota kepada pelanggan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat