‘Aura’ Ucapan Fed Kekal Tinggi Dalam Pasaran, Emas Goyah Di Posisi $2,300

345

Emas kehilangan momentum pemulihannya selepas dilihat bergelut untuk melonjak atas $2,300 pada pembukaan minggu ini.

Para pelabur akan kekal mengawasi petunjuk untuk Federal Reserve (Fed) pada minggu ini seperti bacaan indeks Sentimen Pengguna Michigan AS pada Jumaat.

Sementara itu, Indeks Dolar AS (DXY) bergerak tinggi semula berbanding kumpulan wajaran mata wang yang digunakan oleh rakan dagangannya dengan melantun dari paras terendah hampir satu bulan.

Buat masa ini, harga emas kini berada pada paras $2,305.49 iaitu naik sebanyak 0.21% sejak ia dibuka pada awal dagangan sesi Asia Isnin.

Jumaat lepas, data pekerjaan Non-Farm Payrolls (NFP) telah menunjukkan beberapa tanda bahawa ekonomi AS semakin perlahan. Pertambahan dicatatkan sebanyak 175,000 pada bulan April berbanding kenaikan 315,000 untuk bulan Mac. Kehilangannya melebihi daripada jangkaan pasaran iaitu pada 243,000.

Selain itu, kadar pengangguran pula meningkat sehingga 3.9% dan purata pendapatan per jam juga menurun sebanyak 3.9% pada bulan April.

Data PMI perkhidmatan tinjauan ISM pula jatuh ke dalam kawasan penguncupan apabila menyentuh paras 49.4 daripada 51.4 pada Mac lepas yang masih dibawah konsensus pasaran 52.0.

Selepas data-data penting itu diumumkan, kebarangkalian berlakunya pemotongan kadar faedah oleh Fed diramalkan meningkat dengan para peniaga menjangkakan sebanyak 38 mata asas menjelang akhir tahun ini.

Ia telah membantu logam berharga itu melonjak kepada $2,320 kerana data ekonomi AS yang lemah serta memadamkan keuntungan awalnya berikutan kenyataan hawkish daripada Fed.

Gabenor Fed, Michelle Bowman dalam kenyataannya berkata bahawa dia bersedia untuk menaikkan kadar faedah jika membantu dalam menghentikan kenaikan inflasi.

Sementara itu, Presiden Fed Chicago Austan Goolsbee menyatakan bahawa laporan pekerjaan AS terkini adalah kukuh dan menekankan bahawa dasar monetari semasa adalah terhad.

Komen-komen daripada beberapa pegawai Fed ini menunjukkan tanda pengurangan dalam daya tarikan logam untuk terus menambah kenaikan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat