Aussie Boleh Melonjak Jika Perang Dagang Tercetus Secara Menyeluruh

451

Kadar tukaran matawang Australia boleh membuat lonjakan sehingga 6% dalam masa yang sama pertumbuhan ekonomi berkurangan sebanyak 2.5% dalam situasi perang perdagangan secara menyeluruh. Ini dinyatakan sendiri dalam kajian yang dijalankan oleh Reserve Bank of Australia (RBA).

Kajian tersebut yang dikeluarkan pada Rabu menunjukkan terdapat tiga senario yang mungkin berlaku. Di bawah senario paling buruk – Amerika Syarikat mengenakan tariff pada kadar 20% terhadap import dari semua negara, termasuk Australia.

Kajian yang dijalankan mengatakan Australia kurang terdedah kepada risiko di bawah senario ini berbanding negara-negara lain yang banyak bergantung terhadap permintaan dagangan dan mempunyai industri pembuatan yang besar. Oleh sebab itu, dollar Australia boleh meningkat nilai.

Dari segi hubungkait ekonomi dengan China, analisis tersebut menunjukkan eksport bersih ke negara itu tidak banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sejak beberapa tahun ini. Dalam masa yang sama eksport dari ekonomi kedua terbesar dunia itu turut merekodkan penurunan seperti kejatuhan dalam pertumbuhan ekonomi nominal.

Selain daripada itu, pengiraan kasar menunjukkan, jika jumlah eksport China ke Amerika Syarikat jatuh sebanyak 25% sehingga 50%, ia hanya akan mengurangkan 0.1-0.2 mata daripada pertumbuhan ekonomi keseluruhan China, yang mana kesan perang dagang adalah tidak signifikan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat