Aussie, Kiwi Susut Berikutan Risiko Gelombang Virus Terbaru Di Beijing

584

Ramalan gelombang kedua Covid-19 di Beijing menimbulkan kebimbangan dalam kalangan para pelabur, menyebabkan nilai matawang dolar Australia dan New Zealand didagangkan susut berbanding US dolar.

Matawang China Yuan  juga susut kepada 7.0877 per dolar susulan berita jangkitan virus tersebut melonjak kepada dua digit dan dipercayai jangkitan berkait rapat dengan pasar makanan borong utama.

Dolar Australia susut 0.39% sekitar $0.6820, manakala dolar New Zealand menurun 0.33% kepada $0.6420. Kedua-dua matawang tersebut dipengaruhi oleh sentimen berisiko kerana hubungan erat dengan ekonomi China dan komoditi global.

Manakala bagi matawang pound Britain pula menurun berbanding US dolar berikutan kebimbangan terhadap perkembangan rundingan perdagangan antara Britain dan Kesatuan Eropah (EU) yang masih tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Turut menambahkan tekanan buat Pound pada minggu ini menjelang laporan data pekerjaan UK dan seterusnya keputusan mesyuarat bank pusat England dengan jangkaan untuk bank pusat menurunkan kadar faedah ke paras negatif.

China dilaporkan berada di fasa selamat untuk tempoh dua bulan dengan kes yang sedikit sebelum 12 Jun, kes melonjak kepada 51 jangkitan. Susulan daripada itu, Beijing mempergiatkan ujian saringan virus setelah kluster terbaru muncul di Xinfadi, pasaraya makanan terbesar di Asia.

Keadaan ini membimbangkan memandangkan ekonomi global baru sahaja beransur pulih dengan peningkatan mendadak dalam pasaran kewangan sekaligus meletakkan harapan terhadap pemulihan ekonomi tidak lama lagi.

Dolar mengalami sedikit perubahan pada 107.46 yen memandangkan pelabur mengelak dari sebarang tindakan besar sebelum mesyuarat dasar Bank of Japan (BOJ) pada Selasa. Dijangka tiada sebarang perubahan akan dilakukan, sebaliknya pelabur akan berminat dengan pandangan Gabenor Haruhiko Kuroda terhadap dasar polisi terbaru.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat