Aussie Memulakan Dagangan Sesi Asia Dengan Junaman

57

Matawang Aussie menyusut semalam selepas Moody’s Investors Service menurunkan nilai penarafan kredit China kepada A1 daripada Aa3 sekali gus menukar prospek kekuatan kewangan China untuk beberapa tahun akan datang.

US Dollar Index, yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai menyusut sebanyak 0.03 peratus kepada 97.25.

AUD/USD menjunam sebanyak 0.24 peratus kepada 0.7426 memandangkan China ialah rakan dagangan utama bagi Australia. Dalam sesi ini juga, USD/JPY melonjak sedikit sebanyak 0.1 peratus.

Menurut Moody dalam satu kenyataan, program pembaharuan ekonomi yang dirancang mungkin akan bergerak secara perlahan. Namun begitu, usaha ini sedikit sebanyak bakal membantu kenaikan laverage.

Semalam, US Dollar melantun daripada tahap terendah walaupun pengumuman data ekonomi kebanyakan agak mengecewakan. Penurunan beberapa data ekonomi ini juga dikhuatiri bakal menghalang Fed untuk menaikkan kadar selanjutnya.

Data PMI Markit AS dilaporkan merosot kepada tahap terendah dalam tempoh lapan bulan kepada bacaan 52.5, manakala indeks perkhidmatan PMI meningkat kepada bacaan 54, melebihi jangkaan.

Sementara itu di UK, GBP/USD masih didagang stabil selepas serangan pengganas di Machester Arena sebelum ini mempengaruhi sentimen matawang berkenaan.

Matawang Sterling mula berada dalam tekanan sejak permulaan minggu apabila tinjauan menunjukkan bahawa kedua-dua calon pilihanraya mendapat persaingan sengit menjelang pilihanraya yang bakal berlangsung Jun ini.

Adakah Pasaran Buruh AS Telah Benar-Benar Berada Pada Tahap Yang Paling Optimum? : Fed Brainard

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat