Australia, Malaysia, Singapura & Afrika Selatan Bakal Menguji CBDC Untuk Transaksi Antarabangsa

1,847

Empat bank pusat: Reserve Bank of Australia, Monetary Authority of Singapore, Bank Negara Malaysia, dan South African Reserve Bank bakal menjalankan pengujian pembayaran rentas sempadan (cross border payment) menggunakan beberapa matawang digital bank pusat (CBDC).

Pengujian tersebut merupakan sebahagian daripada usaha terbaharu Project Dunbar oleh Bank for International Settlement (BIS) yang mahu mewujudkan prototaip platform bersama (shared platforms), membolehkan penyelesaian antarabangsa dilakukan.

Penjelasan melalui kenyataan rasmi pada hari ini: “Platform multi-CBDC ini akan membolehkan institusi kewangan untuk menjalankan transaksi secara langsung antara satu sama lain dalam bentuk matawang digital yang dikeluarkan oleh bank pusat yang terlibat, sekaligus menyingkirkan keperluan perantara dan mengurangkan tempoh masa dan kos transaksi.

Projek ini diterajui oleh BIS Innovation Hub Singapura merancang untuk bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi bagi membangunkan prototaip teknikal di platform teknologi lejar diedarkan yang berbeza.

Mereka juga akan meneroka pelbagai reka bentuk pentadbiran dan pengoperasian yang membolehkan bank pusat berkongsi infrastruktur CBDC, sekaligus menyokong roadmap G20 dalam meningkatkan keupayaan pembayaran rentas sempadan.

Dijangka prototaip teknikal platform bersama akan didedahkan di Singapore FinTech Festival pada November ini.

Selain daripada empat negara ini, satu lagi projek yang berbeza melibatkan penggunaan CBDC dalam pembayaran rentas sempadan sedang dalam penelitian melibatkan China, Hong Kong, Thailand, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat