Dollar Australia dan New Zealand menjunam lebih rendah berbanding matawang Greenback pada Rabu selepas pengumuman data inflasi yang agak mengecewakan dari Australia walaupun matawang US Dollar masih terdedah dengan sentimen politik di AS.
AUD/USD dilaporkan menjunam sebanyak 0.28 peratus kepada 0.7516.
Biro Statistik Australia pada Rabu melaporkan bahawa indeks harga pengguna meningkat sebanyak 0.5 peratus pada suku pertama, berbanding jangkaan kenaikan sebanyak 0.6 peratus.
Bagi data tahun ke tahun, harga pengguna dinilai melonjak sebanyak 2.1 peratus pada suku lepas berbanding ramalan kenaikan sebanyak 2.2 peratus.
Dalam sesi ini juga, NZD/USD turut mengalami penurunan sebanyak 0.50 peratus, yang paling rendah sejak 12 April.
Selain itu, sentimen bagi matawang US Dollar kekal rapuh menjelang pengumuman butiran lanjut mengenai rancangan pembaharuan cukai oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.
Trump berkata pada minggu lepas bahawa beliau akan membuat pengumuman mengenai dasar percukaian pada Rabu.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding sekumpulan matawang yang lain dinilai menurun dalam sesi ini sebanyak 0.09 peratus kepada 98.63, tidak jauh daripada tahap terendah bagi tempoh lima bulan yang dicatat dalam sesi sebelumnya.
Sentimen Pasaran Melembap Selepas API Melaporkan Peningkatan Pengeluaran Minyak Mentah Dari AS