Australia Mencatat Pertumbuhan Ekonomi Yang Perlahan Pada Suku Tahun Keempat

333

Ekonomi Australia berkembang pada kadar perlahan berbanding jangkaan pada suku tahun keempat 2017. Walaupun penggunaan isirumah meningkat namun ia terbatas berikutan kejatuhan dalam sektor eksport.

Australia mencatat pertumbuhan ekonomi (GDP) sebanyak 0.4% pada suku tahun keempat yang berakhir pada bulan Disember. Bacaan ini lebih rendah daripada bacaan suku tahun ketiga yang mencatat pertumbuhan 0.7%. Mankala pakar ekonomi yang dirangkumi dalam Reuters menjangkakan pertumbuhan sebanyak 0.5% hingga 0.6%.

Penggunaan isirumah meningkat 1% pada suku terakhir manakala eksport terhadap barangan pendalaman dan peralatan pengangkutan mencatat kejatuhan. Hal yang sama juga berlaku pada pembinaan rumah yang bertumbuh dengan kadar pelahan.

Berdasarkan kiraan tahunan ekonomi Australia berkembang sebanyak 2.4% pada suku terakhir. Tersasar dariapda jangkaan 2.5% dan suku tahun sebelumnya 2.8%.

Matawang Australia mengalami kejatuhan 0.7% pada awal pagi pada paras harga $0.7775 sebelum naik sedikit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat