Australia Terokai Teknologi Mata Wang Digital Untuk Manfaat Ekonomi

128

‘Makin banyak negara teroka teknologi wang kripto nampak.’

Reserve Bank of Australia (RBA) memulakan langkah penerokaan peluang serta manfaat mata wang digital bank pusat (CBDC) terhadap ekonominya.

Difahamkan RBA dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Koperasi Kewangan Digital (DFCRC), kumpulan industri yang disokong kerajaan, telah melancarkan program kajian CBDC dalam menentukan potensinya terhadap ekonomi Australia.

Kajian yang akan berlangsung selama setahun tersebut akan menyelidik penggunaan inovatif dan model perniagaan yang boleh disokong pengeluaran CBDC, selain cuba memahami fungsi teknologi, undang-undang serta peraturannya.

Selain itu, program tersebut diharap dapat membangunkan perintis CBDC berskala terhad yang akan beroperasi dalam persekitaran ketat dan melibatkan perintis CBDC yang berupaya menjadi tuntutan ke atas RBA.

Dalam pada itu, CBDC merupakan mata wang digital yang merangkumi token atau coin kripto yang dikeluarkan serta diselia bank pusat.

Ia juga bersandarkan kepada nilai mata wang fiat sesuatu negara tersebut.

Setakat ini banyak negara sedang menerokai teknologi CBDC, malah ada sesetengah negara yang sudah memiliki mata wang digital yang dikeluarkan oleh kerajaan mereka sendiri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat