Bank Negara Malaysia (BNM) sedang bekerjasama dengan kerajaan bagi memperkenalkan undang-undang kredit pengguna. Hal ini penting bagi melindungi perniagaan dan isi rumah yang berurusan dengan pengantara kewangan yang tidak mempunyai lesen yang disahkan oleh institusi kewangan.
Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim berkata pada Jumaat bahawa undang-undang ini penting bagi melindungi kepentingan pengguna.
Selain itu BNM juga sedang mengusahakan projek dengan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) untuk menangani sistem kewangan domestik dan global yang semakin saling berkaitan.
Perkara ini penting bagi memastikan institusi kewangan bersedia dalam meghadapi tekanan yang bakal datang, dan meminimumkan masalah yang bakal dihadapi oleh mereka.