Awas! Ini Berita Terkini Tentang LUNC!

240

“Hmmm boleh ke naik jauh kalau asyik bakar token je.”

Susulan syarikat gergasi exchanger mata wang kripto Binance memberhentikan pembakaran Terra Classic (LUNC) sehingga bulan Mac, komunitinya setiap seminggu tetap membakar lebih 20 juta aset digital tersebut.  

Menurut komuniti LUNC, mereka akan membakar berbilion-bilion aset digital itu pada tahun 2023 sebagai sebahagian daripada usaha pembangun utama Edward Kim yang merancang untuk melaksanakan pelan hala tuju.  

Difahamkan bahawa validator* yang digelar HappyCattyCrypto telah membuat pembakaran tertinggi pada minggu ini dengan melebihi 9 juta LUNC dan seterusnya diikuti Cremation Coin yang membakar aset digital itu sebanyak 7.2 juta.  

*Seseorang yang bertanggungjawab untuk mengesahkan transaksi pada blockchain.

Antara penyumbang kelima terbesar kebakaran LUNC adalah LUNC DAO yang membakar 1.62 juta aset digital itu, di mana secara keseluruhannya mereka telah membakar hampir 435.79 juta token tersebut.

Sementara pada minggu lepas pula, pembakaran LUNC sebanyak 12 juta telah meningkat lagi kepada 4 juta selepas komunitinya membakar lebih 16 juta aset digital itu.

Pada sisi berbeza, Cadangan 11310 oleh Kim yang bertujuan untuk menaik taraf blockchain daripada v1.0.4 kepada v1.0.5 selain membenarkan Joint L1 Task Force memulihkan kembali mekanisme pembakaran Binance LUNC  berjaya mendapat kelulusan daripada komunitinya.

Setakat penulisan ini, harga LUNC berlegar pada paras $0.0001749 dalam tempoh 24 jam lalu selepas susut pada $0.0001667. 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat