Awas! Jerome Powell Diberi Amaran

316

Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell perlu berwaspada dalam langkahnya untuk mengetatkan dasar monetari, kata Pengerusi Jawatankuasa Perbankan Senat Amerika Syarikat, Sherrod Brown.

Ini bagi melindungi jutaan rakyat Amerika yang sudah pun terkesan dengan inflasi yang tinggi, daripada kehilangan pekerjaan.

Dalam satu surat yang ditujukan kepada Lembaga Gabenor Fed dan didedahkan secara terbuka oleh pejabat Brown, beliau mengakui Powell perlu tangani inflasi tetapi pada masa yang sama jangan lupakan tanggungjawab untuk memastikan pekerjaan kekal kukuh.

Tambahnya lagi, AS perlu mengelak daripada mengalami kemajuan jangka pendek dan pasaran buruh pula tertekan akibat tindakan pengetatan yang agresif oleh bank pusat.

Fed dijangkakan secara meluas akan melaksanakan satu lagi kenaikan 75 mata asas pada mesyuarat polisi minggu depan.

Walaupun begitu, surat tersebut tidak secara jelas menunjukkan bahawa Brown meminta Powell untuk memperlahankan atau menghentikan kenaikan kadar faedah.

Powell sebelum ini mengakui mengenai risiko tersebut dan kemungkinan bahawa kenaikan mendadak kos pinjaman akan membawa kepada peningkatan dalam pengangguran yang kini berada pada rekod terendah 3.5%.

Namun, beliau menegaskan bahawa memerangi inflasi adalah keutamaan Fed buat masa ini, dan itu adalah satu-satunya cara memastikan kekuatan pasaran buruh jangka panjang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat