Azam Tahun Baru, Evergrande Janji Bayar Hutang!

142
  • 2023 tahun penting untuk Evergrande
  • Evergrande akan bayar balik semua jenis hutang
  • 732 projek disambung semula pada 2022

Mungkin ini azam tahun baru Evergrande China selepas Pengerusi Hui Ka Yan berikrar untuk memenuhi penghantaran rumah kepada pembeli dan membayar balik semua hutangnya.

Ujar beliau dalam surat kepada pekerja pada hari tahun baru, 2023  akan menjadi tahun penting buat Evergrande untuk mencapainya.

Hui percaya bahawa usaha keras dari seluruh kakitangan Evergrande dalam menyiapkan pembinaan, memulihkan jualan dan operasi, akan membantu mereka menyelesaikan projek serta melangsaikan semua jenis hutang.

Pemaju hartanah yang mempunyai hutang tertinggi di dunia itu telah bergelut untuk membayar balik hutang pemiutang dan pembekalnya, menyebabkan banyak projek tertangguh.

Menurut surat itu lagi, Hui menjelaskan bahawa firma itu telah menyambung semula pembinaan di semua 732 projek di seluruh negara pada 2022.

Sementara itu, dalam pemfailan bulan Disember, Evergrande mengatakan operasinya masih berdepan kesukaran disebabkan liabilitinya yang besar, iaitu lebih $300 bilion.

Evergrande kini berdepan ketidakpastian sama ada sumber untuk pembayaran balik hutang boleh menjana nilai yang dijangkakan.

Firma itu menyasarkan untuk memenangi kelulusan pemiutang bagi cadangan penstrukturan semula hutangnya pada akhir Februari atau awal Mac, menurut wakil sah syarikat itu pada November.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat