Baca Ulasan Ini Jika Anda Ingin Tahu Kenapa Minyak Mentah didagang Tinggi Pagi Ini!

45

Kelemahan US Dollar membantu pengukuhan harga minyak dalam sesi Asia pada Selasa. Dalam sesi yang sama, indeks yang mengukur kekuatan US Dollar juga menjunam kepada nilai dibawah 100 buat kali yang pertama sejak pertengahan November.

US Dollar Index meningkat semula sebanyak 0.14 peratus kepada 100.09 dalam pertengahan sesi.

Minyak mentah yang dinilai berbanding US Dollar memberi manfaat kepada pembeli utama minyak dunia terutamanya dari China dan India.

Perubahan dasar perdagangan oleh Trump antara yang menganggu gugat ketenangan pasaran global. Pasaran menjadi semakin tidak menentu sebaik sahaja Trump mengatakan bahawa Amerika Syarikat akan keluar dari perjanjian TPP, disamping rundingan semula yang akan diadakan oleh Trump mengenai perjanjan NAFTA.

Dalam sesi ini, minyak Brent meningkat sebanyak 0.29 peratus kepada $55.52 setong.

Semalam, pengeluaran minyak yang lebih tinggi dari penggerudi di Amerika Syarikat dan negara-negara lain memberi kesan kepada harga minyak global.

Kiraan pelantar yang lebih tinggi ini mengimbangi keadaan US Dollar yang melemah, yang menyaksikan penurunan US Dollar sebanyak 0.64 peratus. Berita baik dari pertemuan OPEC dan non-OPEC mengenai butiran pembekuan bekalan juga memberi kesan sementara kepada harga minyak mentah.

Perubahan Drastik Hubungan Perdagangan Oleh Trump Menambah Luka Buat US Dollar

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat