Bacaan Data Ekonomi China Terus Mengecewakan!

205

Kegiatan ekonomi China kembali bergerak sederhana pada bulan April setelah merekodkan pertumbuhan yang kuat pada suku pertama selepas data jualan runcit menunjukkan bacaan yang lebih lemah dari dijangkakan.

Pada sesi Asia, Biro Perangkaan Nasional (NBS) melaporkan jualan runcit meningkat sebanyak 17.7%, meleset dari jangkaan kenaikan 24.9% pada bulan April. Ia juga menunjukkan penurunan daripada pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 34.2% yang dicatatkan pada Mac.

Menurut penganalisis, China masih melihat pemulihan yang tidak seimbang, yang mana pekerjaan, pendapatan isi rumah, penggunaan, pelaburan pembuatan, sektor perkhidmatan dan swasta masih belum kembali ke tahap pra-pandemik.

Menurut NBS, walaupun ekonomi China telah stabil pada tahap lebih kuat pada bulan April, ia masih dicabar oleh pandemik dan pemulihan yang tidak rata di seluruh dunia dan juga asas pemulihan yang lemah di negara itu sendiri.

Pemimpin tertinggi negara baru-baru ini menggambarkan pemulihan itu sebagai tidak seimbang dan tidak stabil, serta berjanji untuk berusaha bagi mendorong pemulihan permintaan dalam negeri.

Susulan bacaan data yang meleset daripada jangkaan, dolar Aussie dan New Zealand didagangkan sedikit susut pada sesi Asia dan memberi ruang buat dagangan safe-haven meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat