Bagaimana Nasib XRP Pada Masa Akan Datang? Ini Penjelasan CEO Ripple

2,468

CEO Ripple, Brad Garlinghouse dalam satu program dokumentari Axios di HBO memberitahu XRP masih akan didagangkan walaupun Ripple sudah tidak wujud lagi.

“Jika anda memiliki sekuriti, secara tidak langsung anda juga memiliki hak pemilikan sesebuah firma. Jika Ripple sudah tidak relevan, XRP akan kekal didagangkan,” jelasnya.

Buat masa sekarang, satu-satunya negara yang menuduh XRP sebagai sekuriti adalah Amerika Syarikat (AS).

Ripple, firma yang mengeluarkan altcoin XRP telah disaman oleh Securities and Exchange Commission (SEC) pada Disember lalu gara-gara penawaran XRP ketika ia tidak berdaftar sebagai sekuriti.

Bagaimanapun, pada minggu lepas Ripple telah mengeluarkan surat permohonan gugur kes saman dengan alasan tuduhan yang dikeluarkan SEC adalah tidak sah.

Pada masa yang sama, eksekutif itu juga memberitahu tindakan SEC akan memberi kesan negatif kepada seluruh industri kripto.

“Bukan sahaja buruk untuk Ripple, malah memberi kesan negatif secara meluas dalam sektor kripto di AS. Malah, ia akan mendorong aktiviti perdagangan matawang itu keluar dari AS.”

Sehingga hari ini walaupun berhadapan dengan saman SEC, firma itu telah berjaya menandatangani perjanjian rakan kongsi bersama 15 perbankan di luar AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat