Bagaimanakah Jalan Cerita Sebenar Mengenai Krisis Evergrande?

2,596

Firma hartanah gergasi China, Evergrande terus menghantui pasaran global mengenai kemampuannya untuk menyelesaikan krisis hutang yang dihadapi melibatkan nilai melebihi $300 bilion.

Baru-baru ini pada Jumaat, saham Evergrande telah menyusut 12% setelah merekodkan lonjakan 17% pada Khamis susulan perkhabaran bahawa krisis tersebut kemungkinan mampu diselesaikan.

Pihak berkuasa China dilaporkan telah menyampaikan ingatan kepada kerajaan daerah agar sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi jangkaan kegagalan Evergrande dalam mengendalikan krisis itu.

Wall Street Journal mengatakan tindakan yang diarahkan bakal memberi gambaran untuk mengambil langkah bersedia dalam pelbagai kemungkinan yang bakal dialami dan dijangka akan lebih teruk.

Langkah tersebut secara tidak langsung mengungkapkan bahawa kerajaan China enggan membantu serta menyelamatkan gergasi harta tanah itu yang terjerumus oleh krisis hutang berbilion dolar.

Dalam pada itu, Evergrande dijangka bakal melaksanakan pembayaran faedah bon lain dalam beberapa minggu yang mendatang.

Berdasarkan kepada perjanjian yang dimeterai bersama pelabur, Evergrande hanya mempunyai tempoh masa selama 30 hari sebelum perjanjian tersebut bakal dimansuhkan.

Pakar penganalisis telah mengeluarkan amaran bahawa kegagalan pemaju harta tanah dapat memberi kesan yang besar kepada ekonomi China dan berpotensi menghantui sistem kewangan global.

Industri harta tanah adalah komponen utama terhadap ekonomi China yang merangkumi 30% daripada keluaran dalam negara kasar yang mana ia juga bakal mempengaruhi pertumbuhan yang lebih perlahan.

Setakat 11.52 pagi, saham China Evergrande tidak berubah pada RM2.36.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat