Bakal Berlaku Perubahan Trend Harga Pada Carta EUR/USD?

294

Pergerakan harga yang bercampur dilihat pada sesi New York semalam buat mata wang US dolar dipengaruhi oleh beberapa faktor.

Terbitan data pesanan barangan tahan lama Amerika Syarikat (AS) untuk bulan April mencatatkan yang angka yang lebih rendah berbanding jangkaan.

Namun US dolar berjaya mengukuh pada awal sesi New York ekoran sentimen pasaran yang dinilai kembali berisiko dengan laporan ketegangan antara AS dan China meningkat semula.

Presiden AS Joe Biden menyatakan AS akan membantu pertahanan ketenteraan Taiwan untuk mengekang pencerobohan China ke negara itu.

Menuju ke penghujung sesi New York, US dolar kembali bergerak lemah semula susulan reaksi pelabur terhadap laporan minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD semalam telah mula memaparkan corak penurunan harga semula selepas kekal bullish sejak awal minggu.

Namun, pelabur perlu berwaspada selepas terdapat isyarat awal untuk perubahan trend harga yang boleh mendorong harga untuk susut lebih rendah menuju ke penghujung minggu.

Harga yang kembali turun di bawah paras 1.07000 semalam mencecah ke paras sekitar 1.06500 pada sesi New York.

Penurunan tersebut juga turut menunjukkan harga bergerak semula di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sebagai isyarat bearish.

Namun, US dolar yang melemah sehingga ke penghujung sesi menyaksikan harga sedikit meningkat semula dan menguji paras 1.07000.

Jika penurunan harga bersambung hari ini, harga dilihat akan turun menuju ke paras 1.06000 untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Pergerakan trend bearish yang lebih jelas seterusnya dilihat akan mendorong harga semula ke zon sekitar 1.05000.

Sebaliknya jika kenaikan harga masih berjaya dikekalkan sehingga ke penghujung minggu, harga berkemungkinan akan mengatasi ketinggian dicapai pada Rabu lalu di zon rintangan 1.07500.

Sasaran untuk kenaikan harga lebih tinggi adalah untuk menuju pula ke zon ketinggian pada 1.08000 untuk catatan paras tertinggi terbaru 4 minggu.

Lihat gambar carta pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat