Bangun Pagi Terus EUR/USD Terjun Ke Bawah!

277

Pergerakan harga mendatar sepanjang Isnin semalam mula berubah pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Selasa).

US dolar gagal menunjukkan arah yang jelas di awal minggu susulan pasaran Amerika juga ditutup sempena cuti umum di sana.

Namun, pengukuhan mula dipaparkan US dolar pagi ini dengan penganalisis melihat faktor yang mendorong situasi itu adalah sentimen pasaran berisiko susulan pergolakan yang semakin tegang di Timur Tengah.

Memerhati pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga mendatar sekitar 1.09500 semalam sekadar bergerak dalam julat 20-30 pips sahaja.

Paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu turut diuji, namun kekal menghalang harga daripada membuat kenaikan.

Penurunan dipaparkan di sesi Asia pagi ini ke sekitar 1.09200 iaitu paras terendah dicecah minggu lalu.

Penurunan harga dijangka akan menuju zon tumpuan 1.08800 dengan reaksi harga di sekitarnya akan diperhatikan.

Tembus lebih rendah akan mendorong harga susut lebih rendah menuju sasaran pada zon 1.08000.

Jika situasi berubah menyaksikan lonjakan harga pula berlaku, kenaikan melepasi halangan MA50 akan menjangkakan paras rintangan 1.10000 diuji lagi pada minggu ini pula.

Jika akhirnya rintangan tersebut dilepasi, kenaikan lebih tinggi bakal diteruskan menuju ke zon sasaran pada ketinggian 1.11000.

Data tinjauan ZEW ekonomi Jerman akan diperhatikan pelabur di sesi Eropah sebentar lagi untuk meninjau kesan ke atas pergerakan mata wang Euro.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat