Bank Dunia Kekalkan Ramalan Pertumbuhan Malaysia 4.3% Pada 2024

134

Bank Dunia mengekalkan prospek pertumbuhan ekonomi 2024 untuk Malaysia pada 4.3% dalam Kemaskini Ekonomi Asia Timur dan Pasifik April 2024 berdasarkan jangkaan kemungkinan pemulihan dalam pertumbuhan global dan keadaan kewangan yang sederhana.

Ketua Ekonomi Asia Timur dan Pasifik, Aaditya Mattoo berkata permintaan domestik akan terus menjadi tumpuan pertumbuhan dan Malaysia juga bersedia untuk mendapat manfaat dariapda pemulihan dalam pasaran eksport.

Industri swasta dijangka berkembang sebanyak 5.2% daripada 4.7% pada 2023 yang didorong oleh keadaan pasaran buruh dan langkah sokongan pendapatan isi rumah yang berterusan.

Di samping itu, eksport kasar diunjurkan meningkat semula sebanyak 4.8% daripada penguncupan 7.9% tahun lepas seiring dengan jangkaan pemulihan dalam perdagangan global.

Memandangkan Malaysia terdedah kepada China, pertumbuhannya yang perlahan bakal memberi kesan sampingan dalam ekonomi tempatan.

Menurut Mattoo, pertumbuhan China dijangkakan menjadi sederhana kepada 4.5% tahun ini daripada 5.2% pada 2023 di tengah-tengah masalah jangka pendek seperti hutang yang tinggi, sektor hartanah yang lemah dan cabaran jangka panjangnya seperti penuaan dan perdagangan.

Bagi Malaysia, negara ini berpotensi besar untuk meningkatkan ekonominya dan tidak seharusnya berpuas hati dengan kadar pertumbuhan semasa.

Kerajaan Malaysia juga kini menghadapi cabaran berterusan dalam mengehadkan ruang fiskal dalam ekonomi negara.

Mereka baru-baru ini mengumumkan rancangannya untuk menghentikan skim pencen bagi penjawat awam dan hasratnya untuk mengkaji semula kawalan harga dan subsidi pada 2024.

Ia telah menunjukkan bahawa subsidi akan lebih disasarkan kepada orang ramai yang lebih memerlukan melalui pemindahan tunai secara terus.

Dari segi pendapatan, Bank Dunia berkata kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah semasa pembentangan Bajet 2024 dan kesan fiskal daripada langkah-langkah ini dijangka kurang memberi kesan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat