Bank Gergasi Singapura Ini Sedia Sahut Saranan Jadi Peneraju Pasaran Kripto!

1,601

Di tengah-tengah keterujaan dan usahan berterusan pihak berautoriti Singapura untuk menjadi pemain utama dalam pasaran kripto global, salah satu institusi perbankan terkemuka negara itu, Oversea-Chinese Banking Corp. (OCBC) sedang mempertimbangkan untuk menawarkan perkhidmatan kripto.

Ketua Pegawai Eksekutif di OCBC, Helen Wong dalam temu bual bersama Bloomberg memberitahu bahawa bank itu sedang menjalankan proses penyelidikan untuk memulakan perkhidmatan pertukaran kripto.

Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa hasrat OCBC untuk meneroka industri yang tidak terpusat ini tidak didorong oleh popularitinya mahupun kerana permintaan daripada orang ramai. Wong menjelaskan bahawa bank tidak akan mengambil sikap membuta tuli dan mengikut perkembangan arus semasa. Sebaliknya, OCBC bertindak untuk menjalankan tanggungjawab dan melaksanakan kewajipan sebagai institusi kewangan.

Menurut mereka, pasaran yang tidak terkawal boleh mendatang risiko yang besar terhadap pelanggan. Jadi menjadi tanggungjawab perbankan arus perdana untuk terjun ke dalam industri ini bagi memastikan perlindungan pengguna.

Pihak berkuasa Singapura sedang dalam proses untuk mengurus aset kripto dengan cuba menjadi peneraju dalam industri kripto di seluruh dunia. Pada awal bulan ini, bank pusat Singapura melalui pihak penguasa Kewangan Singapura (MAS) menjelaskan bahawa daripada mengaplikasikan pendekatan larangan mutlak seperti China, mereka lebih cenderung memilih menyediakan pelabur dengan alat dan saluran yang betul untuk mengurus risiko.

MAS telah mula membentangkan rangka kerja untuk mengawal selia yang jelas dan bagaimana para pelabur boleh mengendalikan risiko dalam pasaran kripto yang tidak menentu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat