Bank Kripto Korea Kerjasama Dengan Blockdaemon Untuk Tawar Perkhidmatan Staking

115

Syarikat kewangan kripto Delio membuat perjanjian bersama Blockdaemon dalam melancarkan perkhidmatan staking yang membolehkan pelanggan memperoleh ganjaran daripada pegangan aset digital.

Diperjelaskan, perkhidmatan staking Delio bakal mengembangkan tawaran bank kripto seperti pinjaman dan akaun deposit manakala penyedia infrastruktur blockchain Blackdaemon akan menyediakan produk staking.

Walaupun Delio tidak menyatakan lagi jenis aset kripto yang akan disertakan dalam perkhidmatan tersebut, Blockdaemon menyokong penyepaduan dengan lebih 60 blockchain.

Menurut wakil Delio James Jung, syarikatnya merancang untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan aset kripto bagi pengguna di luar Korea.

Sementara itu, Blockdaemon mencapai status unicorn* tahun lepas selepas memperoleh $155 juta dalam pusingan pembiayaan Siri B.

*Status unicorn merupakan syarikat yang mencapai penilaian $1 bilion atau lebih.

Delio juga mengembangkan tawaran kewangan kriptonya selepas menerima lesen Virtual Asset Service Provider (VASP) daripada Unit Perisikan Kewangan Korea.

Ia merupakan syarikat kripto pertama Korea Selatan yang mendapat VASP untuk perkhidmatan pinjaman serta deposit.

Meskipun kejatuhan pasaran kripto meruntuhkan ekosistem Terra, Korea kekal sebagai pemain besar dan penting dalam arena kripto global.

Hal ini kerana, Presiden Yoon Suk-yeol membuat pendekatan yang ‘mesra-kripto’ dalam peraturan aset digital di negara ini.

Dalam pada itu, badan pemerhati kewangan Korea mempercepatkan semakan 13 bil kripto yang dibentangkan kepada Perhimpunan Kebangsaan negara itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat