Bank Negara Mahu Exchanger Matawang Digital Melaporkan Aktiviti Mereka

176

Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan telah mengeluarkan rancangan peraturan untuk perniagaan matawang digital. Namun, menegaskan ia bukanlah satu bentuk autorisasi kepada matawang digital di Malaysia.

Rangka kerja panduan yang telah dikeluarkan untuk panduan orang awam itu menyatakan perniagaan pertukaran matawang digital adalah tertakluk di bawah ‘Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001’ (AMLA).

“Polisi yang diusulkan, menetapkan kewajipan, peraturan dan standard penukaran mata wang digital yang akan tertakluk di bawah jadual pertama AMLA harus dilakukan oleh institusi pelapor,” kata Bank Negara Malaysia (BNM).

BNM menegaskan dalam kenyataannya bahawa aturan tersebut bukanlah satu autorisasi atau pengesahan kepada entiti yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pertukaran matawang digital. “Masyarakat diingatkan bahawa matawang digital bukanlah ‘legal tender‘ di Malaysia,” kata BNM.

Gabenor BNM Muhammad Ibrahim, bulan lalu mengatakan tindakan ini adalah untuk mengelakkan penyalahgunaan sistem oleh penjenayah dan aktiviti yang tidak sah di sisi undang-undang. Ia juga bagi memastikan kestabilan dan integriti dalam sistem kewangan.

Menurut BNM, panduan itu merupakan langkah awal untuk menjadikan aktiviti matawang digital di Malaysia lebih transparen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat