Bank of Japan mengekalkan dasar kewangan yang mantap pada Khamis dan memberikan pandangan yang lebih yakin terhadap ekonomi berbanding bulan sebelum ini. Perkara ini juga sekali gus menandakan keyakinan terhadap permintaan luar negara yang berpotensi mengekalkan pemulihan eksport.
Namun begitu, bank pusat mengurangkan sedikit unjuran inflasi bagi tahun ini dalam kajian suku tahunan dan secara tidak langsung mengekalkan rangsangan monetari besar-besaran bagi mencapai sasaran 2 peratus.
Menurut BoJ, ekonomi Jepun sedang memasuki trend perkembangan sederhana berbanding penilaian bulan sebelumnya.
Dalam mesyuarat dasar selama dua hari yang berakhir pada Khamis, BoJ mengekalkan sasaran hasil bon kerajaan Jepun bg tempoh 10 tahun sekitar sifar peratus.
Gabenor BoJ, Haruhiko Kuroda dijadualkan akan mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan keputusan polisi.
Selepas lebih daripada tiga tahun rancangan pembelian asset gagal untuk mempercepatkan inflasi, Bank Pusat Jepun telah merombak semula rangka kerja dasar pada September lalu dan menetapkan kadar faedah jangka panjang.
Setelah Beberapa Sesi Menjunam, Emas Akhirnya Bangkit Sederhana dalam Sesi Asia