Setelah Beberapa Sesi Menjunam, Emas Akhirnya Bangkit Sederhana dalam Sesi Asia

56

Harga emas meningkat sedikit dalam sesi Asia pada Khamis selepas menjunam sejak kebelakangan ini berikutan keputusan pilihanraya Perancis. Dalam masa yang sama, peningkatan logam ini juga disebabkan kebanyakan pelabur yang sudah mula mengambil position menjelang risiko geopolitik yang berpotensi berlaku di semenanjung Korea.

Emas bagi penghantaran Jun di bahagian Comex meningkat sebanyak 0.28 peratus kepada $1,276.33 satu troy ounce. Dalam sesi ini juga, silver futures meningkat sebanyak 0.37 peratus kepada $17.496 satu troy ounce manakala copper merosot sebanyak 0.58 peratus.

Semalam, harga emas diniagakan sedikit menurun kerana dipengaruhi oleh perubahan sentimen ke arah asset yang lebih berisiko apabila pelabur menilai komen bullish daripada Setiausaha perbendaharaan AS, Steven Mnuchin sebelum pengumuman pembaharuan dasar cukai di AS.

Pergerakan emas mula berada di dalam tekanan sejak kemenangan Emmanuel Macron, iaitu calon pro-EU di dalam pusingan pertama pilihanraya Perancis.

Pasaran juga meramalkan kemenangan akan berpihak kepada Macron bagi merebut jawatan Presiden di dalam pilihanraya yang dijadual akan diadakan pada 7 Mei ini.

Sentimen Terkini Matawang Sebaik Sahaja Dasar Cukai Trump Dinilai Gagal Membawa Kejutan Yang Besar

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat