Bank Pusat China Beri Amaran Risiko Inflasi, Kena Panik Ke Ni?

193

People’s Bank of China (PBOC) berkata ia akan melindungi ekonomi daripada ancaman inflasi dengan berjanji untuk mengelak daripada melaksanakan langkah rangsangan besar-besar dan pencetakan wang yang berlebihan bagi merangsang pertumbuhan.

Bank pusat itu juga memberi amaran mengenai tekanan inflasi berstruktur yang meningkat dalam jangka pendek dan tekanan inflasi import pula dijangka kekal.

Amaran PBOC datang pada hari yang sama data rasmi menunjukkan inflasi meningkat lebih pantas pada bulan Julai kepada 2.7%, paras tertinggi dalam dua tahun yang sebahagian besarnya didorong oleh harga makanan.

Walau bagaimanapun, permintaan pengguna yang lemah telah membantu mengekalkan tekanan harga keseluruhan dalam kawalan.

Dalam pada itu, PBOC meramalkan inflasi pengguna mungkin akan melebihi 3% dalam beberapa bulan pada separuh kedua tahun ini.

Pakar ekonomi berkata walaupun amaran bank pusat itu tidak menandakan pengetatan dasar monetari, tetapi terdapat sedikit jangkaan untuk pelonggaran ketara dalam beberapa bulan akan datang.

Goldman Sachs Group Inc. berpandangan tumpuan PBOC adalah pada tekanan inflasi jangka pendek dan cara ia melaksanakan dasar menunjukkannya berkemungkinan meneruskan pendirian terhadap dasar monetari yang longgar dan akomodatif.

~ PBOC berkemungkinan akan mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah untuk masa terdekat memandangkan pemulihan ekonomi China masih lagi rapuh berikutan polisi sifar Covid-19 yang diamalkannya dan inflasi juga lebih rendah berbanding negara lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat