Inflasi China Meningkat, Tapi Kurang Memberangsangkan!

128

Ketika semua mata tertumpu kepada terbitan laporan inflasi Amerika Syarikat, pelabur diperlihatkan terlebih dahulu dengan bacaan data harga pengguna daripada China.

Indeks harga pengguna (CPI) China meningkat 2.7% pada Julai berbanding tahun sebelumnya, tersasar daripada jangkaan pasaran untuk kenaikan 2.9%, menurut Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS).

Bagaimanapun, bacaan yang dikeluarkan itu menunjukkan inflasi pengguna China meningkat ke paras tertinggi dua tahun dan lebih tinggi daripada peningkatan 2.5% yang dicatatkan pada bulan Jun.

Sementara itu, indeks harga pengeluar (PPI) pula meningkat 4.2%, meleset daripada jangkaan untuk meningkat 4.9% pada bulan Julai dan menurun daripada bacaan sebelumnya 6.1% pada Jun.

Angka yang dicatatkan ini menunjukkan inflasi pengeluar Beijing merosot ke paras terendah 17 bulan berikutan penurunan dalam harga dalam bahan mentah disebabkan aktiviti pembinaan yang perlahan.

Berbeza dengan ekonomi utama lain, inflasi pengguna di China dilihat lebih lemah pada tahun ini kerana dijejaskan oleh langkah sekatan Covid-19 yang ketat telah membantutkan perbelanjaan pengguna dan perniagaan.

Pembuat dasar China sebelum ini telah memberi isyarat kesediaan untuk membiarkan inflasi meningkat lebih tinggi di atas sasaran bank pusat pada 3%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat