Bank Pusat China berkata negara tersebut akan memperketatkan lagi syarat-syarat bagi urusniaga rentas sempadan bagi membanteras masalah perdagangan wang haram.
Menurut kenyataan pada Jumaat, bank pusat tersebut juga mengarahkan institusi kewangan agar melaporkan urusniaga yang melibatkan 200,000 Yuan ($28,800) atau lebih, bermula 1 Julai nanti.
Dalam kenyataan itu juga, bank pusat China mengatakan bahawa Pusat Analisis dan Pemantauan Pencegahan Perdagangan Wang Haram perlu diberitahu tentang sebarang transaksi termasuklah deposit tunai, pengeluaran dan pemindahan bagi 50,000 Yuan atau lebih. Had ini diturunkan berbanding 200,000 Yuan yang pernah diperkenalkan sebelum ini. Bank juga berhak mencurigai sebarang transaksi yang dianggap tidak munasabah.
Peraturan baru ini juga bertujuan untuk mencegah sebarang transaksi haram dalam kenyataan kedua dilaman webnya. Dalam kenyataan itu juga, pengubal dasar mahukan data rentas sempadan yang lebih tepat bagi mengesan risiko yang timbul melibatkan transaksi ini.