Jangan Abaikan Berita Penting dari Logam Kuning Ini!

58

Harga emas meneruskan kenaikan sederhana dalam sesi ini selepas US Dollar didagang merosot.

Emas bagi penghantaran Februari didagang meningkat sebanyak 0.38 peratus walaupun sesi dagangan semakin perlahan sempena pasaran yang bakal ditutup penghujung tahun ini.

Sebelum ini, harga komoditi ini tenggelam ke paras terendah dalam tempoh 11 bulan kepada $1,124.30 pada awal Disember lalu.

Dagangan dijangka kekal sederhana sehingga hujung minggu ini ekoran pasaran yang bakal memasuki tahun 2017 berbaki beberapa hari sahaja lagi.

US Dollar merosot semalam berbanding matawang utama yang lain menjadikan logam berharga mendapat sedikit tenaga dalam sesi ini.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback juga merosot sedikit dalam sesi ini.

Harga logam kuning jatuh mendadak sejak Donald Trump dipilih menjadi presiden. Penganalisis juga memberi amaran bahawa prospek logam akan terus dinilai melemah berikutan lebih banyak kenaikan berpotensi diumumkan oleh Fed pada tahun depan.

Ini yang Terjadi Kepada Pasaran Minyak Mentah Ketika Stok Simpanan dilapor Melonjak!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat