Bank Pusat Jerman Mengesa Peraturan Global Matawang Crypto Diterbitkan

615

Sifat bitcoin turun naik dengan peratus yang banyak menyebabkan beberapa negara mula mengeluarkan peraturan pengawalan pengetatan. Di samping itu, terdapat juga negara yang membenarkan penggunaan matawang crypto.

Terkini, Jerman melalui bank pusat telah mengeluarkan kenyataan larangan perdagangan matawang crypto termasuk bitcoin. Jerman berpendapat bahawa matawang digital itu memerlukan peraturan global kerana kebanyakan peraturan yang disediakan oleh negara lain belum cukup kukuh untuk diterapkan secara keseluruhan.

Berdasarkan laporan Reuters, anggota Bundesbank Jerman, Joachim Wuermeling mengatakan bahawa kebanyakkan negara sedang berusaha untuk membendung penggunaan matawang crypto terutamanya di Asia pada ketika ini.

Beliau mengharapkan negara-negara lain bekerjasama bagi menggubal undang-undang dan peraturan global berkenaan matawang crypto supaya ia lebih kukuh dan mampu diterapkan.

Semalaman,harga bitcoin telah jatuh ke paras $10,000 di platform pertukaran Coinbase dan Bitstamp. Kejatuhan harga juga berlaku bagi matawang crypto yang lain.

Menurut penganalisis, hal ini disebabkan berkurangnya pelabur dari Asia. Sebelumnya pelaburan bitcoin banyak dipelopori oleh pelabur Asia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat