Barnier Beri Amaran Kepada UK Bahawa EU Tidak Akan Menerima Rundingan Yang Tidak Adil!

240

Ketua perunding Brexit Kesatuan Eropah, Michel Barnier menyatakan pada hari Selasa bahawa beliau menjangkakan rundingan dengan UK berkenaan hubungan perdagangan pada masa akan datang akan menjadi ” rumit dan penuh dengan permintaan”. Beliau juga mengatakan bahawa blok tersebut juga tidak akan menerima “permintaan-permintaan yang tidak adil”.

UK kini dijadualkan akan meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) pada 31 Januari selepas Perdana Menteri Boris Johnson gagal untuk memenuhi tarikh akhir Brexit dimana sebelum ini pada 31 Oktober dan beliau malah sebaliknya mengumumkan pilihan raya pada 12 Disember dengan harapan dapat memenangi majoriti yang besar agar pengunduran UK dari EU berjalan dengan lancar.

Perjanjian baru ini akan membolehkan UK memperinci dan memperluaskan lebih lanjut daripada perjanjian-perjanjian EU berbanding dengan perjanjian yang dirundingkan sebelum ini.

Pada hari ini, Barnier telah memberi isyarat bahawa EU akan tetap mempertahankan kepentingannya dalam rundingan pada masa hadapan dengan UK. Dalam sidang kemuncak acara teknologi di Eropah, beliau mengatakan, ” UK tidak sepatutnya berfikir bahawa kadar tarif sifar dan kadar kouta sifar akan mencukupi.”.

Dibawah perjanjian pengeluaran, EU dan UK diberi masa sehingga akhir tahun 2020 untuk berunding hubungan perdagangan baru mereka. Disisi lain, Johnson juga berkata bahawa beliau tidak berhasrat untuk memohon lanjutan melebihi tarikh tersebut.

Barnier mengulangi pandangannya bahawa masih terdapat kemungkinan bahawa Britain akan keluar daripada EU tanpa persetujuan atau lebih dikenali sebagai “hard Brexit”, dimana pakar ekonomi berpendapat ia akan memberi kesan buruk untuk kedua-dua belah pihak terutamanya negara UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat