Baru Lancar Semalam, Harga Token Ini Pacak Lepas Airdrop $390 Juta!

647

“Fulamak naik sampai $6, ada siapa-siapa ke yang terus amik untung bila harga sampai kat pucuk tu?”

Airdrop Dymension (DYM) yang berlaku pada hari Selasa semalam apabila rangkaian utama disiarkan secara langsung telah menyediakan lebih $390 juta token DYM bagi para pengguna awal dan komuniti terpilih.

Rentetan itu, harga DYM menggunung sehingga $6.31 sejurus selepas pelancarannya ditambah pula jumlah dagangan bernilai $246 juta sudah berada di bursa mata wang kripto seperti Binance, Bybit dan KuCoin.

DYM ialah rangkaian dibina bagi membenarkan pembangun menggunakan rangkaian aplikasi dipanggil RollApps dan ia adalah blockchain layer-1 dibina menggunakan teknologi Cosmos serta protokol komunikasi inter-blockchain (IBC) untuk berhubung dengan pelbagai rantaian lain.

Sementara Genesis rolldrop seperti yang disebut DYM telah tersedia untuk lebih sejuta wallet unik merentas pelbagai rantaian dan komuniti termasuk pengguna pada rangkaian Solana (SOL), Celestia (TIS) dan Ethereum (ETH) seperti Arbitrum (ARB), Optimisme (OP), Base serta Blast.

Suka dimaklumkan komuniti tertentu juga boleh mengambil bahagian dalam airdrop termasuk pemegang koleksi non-fungible token (NFT) Pudgy Penguin yang popular di ETH , Mad Labs dan Tensorians di SOL.

Sungguhpun lebih sejuta wallet boleh menuntut bahagian daripada 700 juta token DYM yang airdrop, hanya 528,523 wallet sahaja sudah membuat tuntutan itu dan ini membawa makna hanya separuh daripada pengguna yang layak telah melakukannya.

DYM yang kini merupakan airdrop token kedua terbesar pada tahun 2024 telah merekodkan kenaikan sebanyak 33.52% pada paras $5.34 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai lebih $778 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat