Bearish Bitcoin (BTC) Dah Nak Tamat?

7,381

Bitcoin (BTC) mungkin mengakhiri fasa bearish menjelang Khamis ini susulan daripada mesyuarat bank pusat Amerika Syarikat (AS), Federal Reserve (The Fed).

Mengapa?

Berdasarkan kenyataan daripada platform pertukaran kripto, Bitfinex, para pelabur sudah mula tampil di ruang order book untuk mengambil peluang buy the news.

Difahamkan The Fed akan membentangkan maklumat lanjut berkaitan kelonggaran polisi (QE) dalam pembelian aset, termasuk isu inflasi dalam mesyuarat tersebut.

Sebelum ini The Fed ada mengumumkan penamatan tapering susulan daripada ekonomi yang semakin pulih.

Susulan daripada itu, komuniti kripto mula meletakkan jangkaan kesan terhadap kedua-dua pasaran baik kripto dan tradisional.

Pemerhatian terhadap platform Bitfinex mendapati para pelabur menunggu di ruang paras harga sekitar $44,500 dan $46,000.

Bagaimanapun, ketika penulisan BTC didagangkan pada $47,452, susut lebih 3% dalam 24 jam.

Sementara itu whales pula tidak menunjukkan sebarang reaksi dengan khabar ini.

Menurut pengasas Material Indicators, Material Scientist, whales tidak lagi membeli BTC sejak penyusutan harga pada Oktober.

Mungkin ini peluang terbaik untuk mula mendapatkan Bitcoin pada harga yang murah, tetapi risikonya tetap ada selagi mana ia tidak berlaku.

Adakah anda juga merupakan sebahagian pelabur yang sedang ‘menunggu’ itu?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat