Eh? Bitcoin (BTC) Pun Susut Selepas Ucapan Jerome Powell?

1,436

Bitcoin (BTC) tidak ketinggalan berhadapan dengan tempias pengumuman daripada pengerusi Federal Reserve (The Fed), Jerome Powell pada malam tadi.

Apa dah berlaku?

Dalam kenyataan terbaru, Powell mendedahkan tapering atau pembelian bon akan ditamatkan dalam masa terdekat susulan daripada ekonomi negara yang semakin pulih.

Pada masa yang sama, dunia digemparkan dengan kehadiran varian COVID-19 ‘Omicron’, mengundang spekulasi penyusutan harga Bitcoin ada kaitan dengan dua faktor ini.

Kehadiran varian baharu sepatutnya mengundang pergerakan positif dalam pasaran mata wang kripto, sebagaimana situasinya ketika wabak COVID-19 mula tular pada hujung 2019 sehingga mengundang masalah ekonomi seluruh dunia.

Bagaimanapun, Bitcoin mempamerkan penyusutan lebih 4%, dari paras harga $59,158 kepada $56,471 dalam tempoh empat jam ketika pengumuman Powell sebelum kembali melantun ke paras $58,346.

Pemerhatian penganalisis

Jika perhatikan secara dekat, Bitcoin masih berada di dalam fasa bullish walaupun menyaksikan penyusutan harga.

Pada masa yang sama, mata wang kripto yang lain menyaksikan aliran masuk pelaburan yang meningkat, menunjukkan potensi pelabur Bitcoin mengalihkan pegangan mereka kepada aset yang lebih berpotensi tinggi.

Antara mata wang kripto yang menyaksikan sinar di sebalik penyusutan harga BTC termasuklah: Ethereum (ETH) – catat lonjakan dua kali ganda berbanding rekod pada minggu lepas, Dogecoin (DOGE) & Shiba Inu (SHIB) melonjak lebih tinggi, terutama SHIB selepas penyenaraian di Kraken, dan The Sandbox (SAND) & Decentraland (MANA) pula masing-masing melonjak setinggi 50% dan 25%.

Jelas penganalisis, aset-aset DeFi yang lebih kecil ini sebenarnya jauh daripada kesan yang dibawa oleh pemain besar pasaran seperti dana venture capital dan pencetus perubahan pasaran tertentu.

Bagaimanapun, ini sekadar satu pandangan dan hipotesis penganalisis. Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $57,158, susut 0.40% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat