Bekalan Dari US Tidak Mengganggu Pemotongan OPEC- Barkindo

47

Harga minyak mentah dunia melonjak lagi hari ini dalam sesi Asia pada Rabu selepas kenaikan dua hari berturut-turut sebelum ini yang menunjukkan keyakinan dalam kalangan pelabur terhadap pemotongan bekalan minyak mentah oleh pengeluar-pengeluar dunia.

Lonjakan baru-baru ini banyak disokong oleh proses pemotongan yang lebih baik dari jangkaan di mana pematuhan kepada perjanjian sebelum ini lebih dari 90% pada bulan pertama 2017.

Setiausaha Tinggi OPEC, Mohamad Sanusi Barkindo telah menigkatkan lagi keyakinan dalam pasaran ini dengan komennya tentang pemotongan dan keberkesan perjanjian pada Selasa. Beliau mengatakan bekalan dari US tidak akan mengganggu usaha OPEC dan Rusia untuk menyeimbangkan pasaran ini.

“Kami tidak melihat US sebagai risiko, kami hanya melihat US sebagai rakan strategik dalam mengimbangi pasaran ini”, kata Barkindo.

Selepas lonjakan dua hari pada Isnin dan Selasa, harga terus bergerak ke arah sama pada sesi Asia hari ini.Brent dan WTI naik ke paras $56.82 setong dan $54.46 setong dalam sesi Asia pada Rabu. Namun begitu, komoditi ini ketika ini gagal mengekalkan momentum sebelum ini dan kini didagang di sekitar $56.40 dan $54.00 setong.

Beberapa pengeluar utama seperti Iran dan Iraq juga menunjukkan komitmen yang baik seperti yang dipersetujui November lepas.

Data-data inventori dari US akan terus menjadi perhatian dalam komoditi ini walaupun Barkindo sebelum ini menyatakan bekalan dari US tidak mengganggu pemotongan oleh OPEC dan non-OPEC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat