Bekalan Makanan Dunia Kembali Terancam Gara-gara Rusia!

550

Rusia mengumumkan penggantungan penyertaannya dalam perjanjian penting yang membenarkan eskport bijirin Ukraine pada hari Isnin.

Langkah ini secara tidak langsung mencetuskan semula kebimbangan terhadap bekalan makanan global memandangkan banyak negara bergantung kepada eksport itu.

Pihak berkuasa Rusia sebelum ini memberi isyarat bahawa perjanjian itu tidak akan dilanjutkan melepasi tarikh akhir 17 Julai berikutan sekatan yang dikenakan Barat ke atas logistik telah menjejaskan eksportnya.

Sebagai konteks, perjanjian itu telah diuruskan oleh Turkiye dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Julai 2022.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov memberitahu pemberita bahawa Rusia tidak akan memperbaharui perjanjian itu sekarang, dengan menambah ia ‘telah ditamatkan’.

Tindakan tersebut telah mencetuskan kritikan daripada pelbagai pihak termasuk Jerman yang mengatakan Rusia sengaja menjadikan perjanjian tersebut sebagai senjata dalam perangnya dengan Ukraine.

Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Antony Blinken pula mengecam tindakan tersebut sebagai tidak wajar, mengatakan Rusia sengaja menggunakan makanan sebagai senjata.

Rentetan daripada pengumuman itu, harga gandum melonjak berikutan kebimbangan ia akan menjejaskan bekalan global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat