Bekas Pegawai Goldman Sachs Gesa Tesla Jual Bitcoin

2,293

Susulan daripada momentum Tesla yang merundum kebelakangan ini, bekas ketua pegawai pelaburan Goldman Sachs, Gary Black mencadangkan firma itu untuk menjual kesemua pegangan Bitcoin (BTC).

Cadangan yang dikemukakan menerusi laman sosial, Twitter pada hari ini mendakwa dengan cara itu sahaja mampu ‘menghidupkan semula’ saham Tesla yang susut lebih 30% sejak pembelian BTC bernilai $1.5 bilion pada awal Februari lalu.

Black juga mendakwa firma itu patut menggunakan tunai untuk membeli semula saham dan keputusan itu pasti akan mendapat sokongan kuat dalam kalangan pemegang saham Tesla.

Bagaimanapun, tindakan itu tiada kaitan dengan Bitcoin yang telah membawa keuntungan lebih tinggi berbanding jualan kereta sepanjang tahun.

Ketika ini, kebanyakan saham syarikat pengeluar kereta elektrik sedang berada di paras kritikal.

Pelabur pasaran saham bimbang dengan peningkatan hasil bon yang boleh melemahkan aset risk-on, terutama syarikat gergasi seperti Tesla.

Bitcoin dan Nasdaq Composite menyaksikan penyusut mendadak selepas pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell memberitahu bank pusat tidak akan menaikkan kadar faedah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat